Thursday, October 10, 2013

Ada aku kesahhhh?

Assalamualaikum.
Dah bersarang blog aku. Last update 8 bulan lepas. Tp xpe, masih diberikan nyawa oleh maha pencipta utk terus bernafas dan berterusan menerima nikmat dunia. 
Ape khabar korg? Aku harap sihat belake lah semua. 

Ni, aku ade la sikir benda nak share ngan korg. Mungkin ape yg aku nak tulis ni, korg dh tahu atau selalu dengar, korg ada dua option, teruskan baca, atau baca lagi. Mudah kan? 

Gini, kita semua ni confirm ada kawan. Definisi kawan bg korg mgkin berbeza beza.. Definisi aku lain, korg pun mungkin lain. Kisah pulak aku kan. Haha.. Korg pernah tak, ada kawan yg hipokrit? Jgn tanya aku definisi hipokrit, aku lempang kang. 

Depan korg, cara dia layan korg mcm best friend, kawan sehati sejiwa. Tp belakang korg, dia cerita kat org, yg korg ni perangai mcm syaiton. Penah tak? Kalau x penah, lantak korg la.. Sape suruh xde kawan mcm gitu. Hahaha..

Ape perasaan korg kalau ade kawan yg jenis mcm tu? Marah? Bengang? Geram? Muntah mcm org tgh mengandung? Or tak rasa ape ape? Hmm.. Mari aku bawakan satu cerita. 

Samad ngan osman kawan baik. Diorg slalu lepak sama, pegi kelas sesama, byk minat yg sama, kawan2 diorg pun kawan yg sama. Diorg sama tapi x serupa. If u know what i mean. X paham? Just shut up. Satu ketika, diorg ni minat kat sorg perempuan yg sama. Perempuan tu cun la, lawa, putih, kecik molek, ayu, pakai tudung ala2 najwa latip, stylish, ahhhh korg tambah la lgi sndiri. Msalahnya, samad ni tahu osman suka kat minah ni.  Tapi osman tak tahu yg samad suka kat minah. Minah pulak mcm layan lebih kat osman. Maklumla, osman ni kaya, hensem byk dr si samad. So, samad mula simpan perasaan sbb kenangkan kawan baiknye. Lama kelamaan, kendatinya pun, osman mula berubah. Perubahan dia x drastik dimata samad sbb samad melihat sahabtnya tu penuh dengan pandangan  ihsan dn kasih syg. Tak bersangka buruk la katakan. Ada ketika, samad mengusik ngusik si minah ketika mereka bertiga berjumpa dimana2.. Ala, gurau2 kawan2.. Malangnya, osman tak suka. Walaupun osman tak suka, tp dia x pernah tunjukkan kpd samad yg dia tak suka. Dia cool je. Buat mcm biasa je..So, nak dijadikan cerita, kerana takutkan si minah selalu fikirkan si samad, osman mula mencocok cerita2 yg tak enak kepada minah ttg samad. Direkanya cerita yg aib kpd samad. Setiap gurauan samad pada osman, diambil pusing. Didendam dan dicerita pada si minah dengan penambahan perisa yg pedas2.. Maka terhasutlah si minah tadi. Asalnya si minah rapat dgn samad, akhirnya hubungan mrk mula longgar.. Samad sedih sbb hubungan mereka x mcm dulu, tp dia tetap tak tahu sebabnya. Pada masa yg sama, samad sering mengadu kat osman ttg perasaannya, dn seperti biasa osman akan beri nasihat ala2 fadhilah kamsah. Sayang samad pada osman sbg sahabat baik makin bertambah tambah. Dipendekkan cerita, semuanya terbongkar gara2 sms osman kpd minah yg secara x sengaja dibaca oleh samad. Hancur luluh hati samad. Hampir menitis air matanya. Insan yg dianggap permata rupa rupanya kaca yg tak bernilai. Ketika itu juga, hasutan syaiton mula menusuk nusuk masuk ke sanubari samad. Ape yg berlaku pada samad, osman dan minah? Aku pun tak tahu. 

Jadi, kalau korg berdiri di atas kaki samad, apekah yg korg akan rasa? Salah siapa semua ni? Minah kerana terlalu termakan hasutan? Ataupun Osman kerana sifat dengki dan talam puluh mukanya? Atau samad kerana terlalu baik dn senang mempercayai org lain? Hmmm.. Berat utk difikirkan. 

Soklan cepokmas, ape yg korg akan buat pada si minah dan si osman? Kalau aku, esok keluar surat khabar dh. Confirm! 

2 comments:

Unknown said...

Pernah rasa apa yang samad rasa. Nasib baik tak tekeluar air mata jantan.

Anonymous said...

Air mata jantan ni bernilai kot.. Bkn sng nk keluar.. But, this is life. Pengalaman mematangkan kita.