Monday, December 17, 2012

Politik suku, Agama suku

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Biasa dengar tak ayat 'politik suku, agama suku'?
Biasa dengar tak 'jangan masukkan agama dalam politik'?
Biasa dengar tak 'jangan politikkan agama'?

Hokey, aku nak ulas la sikit. Tak panjang pun. Aku tau ramai juga yang tak layan politik2 kat malaysia ni, jijik katanya. Tak ngape le, itu dia punya pendapat.

Apa yang aku boleh komen kat sini, 'politik suku agama suku' ni dah lama dah disebut. Dari tahun 1981 lagi.. Orang yang terlibat dalam hal ni pun ada yang dah keluar parti pun, tapi sekarang berlainan pulak pandangannya. Tak ngape le, itu dia punya survival politik.

Pandangan aku jelas, politik ni dari zaman nabi dah ada. Tapi mmg tak sama la dengan apa yang berlaku sekarang. yang masalahnya, orang kita sekarang tak ambil pakai cara nabi berpolitik. Masa nabi memerintah kota Madinah, mcm mana baginda boleh aman damaikan masyarakat yang berbeza kabilah dan kaum di kota madinah. Itu semua melalui pendekatan ilmiah, kata-kata yang sopan, tunjukkan budi pekerti sebenar orang Islam. Itu menyebabkan politik ketika itu harmoni. Gabenor2 yang dilantik bukan disebabkan kroni, tetapi bakat, ilmu dan kepimpinan. Sampai ada yang tak sanggup terima jawatan besar. Ini semua disebabkan politik yang Rasulullah bawa. Tanggungjawab dititik beratkan dan itu yang paling utama.

Situasi sekarang, politik, politik juga..agama tolak tepi. Itu yang masalahnya. Lantiklah aku ke jawatan sekian, sekian..aku akan buat itu ini..tolong orang itu, orang ini..Tapi bila dah menang, ambil hak rakyat, saham bumiputera hilang sikit demi sikit, rakyat tak terbela..muka pun jarang-jarang nampak kat kawasan. Kalau ada pun, bila ada majlis2 besar, yang ada tarian2, makan2..Mana agamanya? Mana didikan agama dan politik yg dititip Rasulullah?

Aku ambil contoh. Setiap wanita yang dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratnya akan membawa orang bersamanya samada :

1) Ayahnya
2) Suaminya
3) Adik beradik lelakinya
4) Anak lelakinya

Semua ini berkisar tentang tanggungjawab. Mana tanggungjawab ayahnya, suaminya, adik beradik lelakinya, dan ank lelakinya untuk menasihati si perempuan tadi untuk menutup aurat.. Ini juga ada kaitan dengan istilah 'muflis di akhirat'.

Jadi, untuk menjadi pemimpin, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tanggungjawab. Bagaimana nak laksanakan tanggungjawab? Wajiblah melalui agamanya. Agama mengajar segala aspek kehidupan. So, kenapa nak asingkan agama dan politik?

Nak politik, mesti ada agama.. Kalau ada agama, politik pun akan jadi bersih.

Musuh utama politik ialah apa? Rasuah. Kalau pemimpin tu ada agama, saya yakin, rasuah takkan ada kat dunia ni. ('ada agama' tu bukan bermaksud just ada perkataan 'islam' kat IC je, tp ia lebih daripada itu - masuk kepada part ilmu dan amal pulak.. yg tu kene kupas dalam sikit..nanti2 lah ye..hehe)

So, politik suku agama suku ni tak patut ada dalam bumi Malaysia ni. Ye, tak patut ada. Ada juga pemimpin parti politik kata orang yang amalkan politik suku agama suku ni, terkeluar dari Islam yakni kafir.

Jangan gunakan agama untuk politik, tapi gunakanlah 'agama' dalam berpolitik..

Allahu'alam...