Monday, December 17, 2012

Politik suku, Agama suku

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Biasa dengar tak ayat 'politik suku, agama suku'?
Biasa dengar tak 'jangan masukkan agama dalam politik'?
Biasa dengar tak 'jangan politikkan agama'?

Hokey, aku nak ulas la sikit. Tak panjang pun. Aku tau ramai juga yang tak layan politik2 kat malaysia ni, jijik katanya. Tak ngape le, itu dia punya pendapat.

Apa yang aku boleh komen kat sini, 'politik suku agama suku' ni dah lama dah disebut. Dari tahun 1981 lagi.. Orang yang terlibat dalam hal ni pun ada yang dah keluar parti pun, tapi sekarang berlainan pulak pandangannya. Tak ngape le, itu dia punya survival politik.

Pandangan aku jelas, politik ni dari zaman nabi dah ada. Tapi mmg tak sama la dengan apa yang berlaku sekarang. yang masalahnya, orang kita sekarang tak ambil pakai cara nabi berpolitik. Masa nabi memerintah kota Madinah, mcm mana baginda boleh aman damaikan masyarakat yang berbeza kabilah dan kaum di kota madinah. Itu semua melalui pendekatan ilmiah, kata-kata yang sopan, tunjukkan budi pekerti sebenar orang Islam. Itu menyebabkan politik ketika itu harmoni. Gabenor2 yang dilantik bukan disebabkan kroni, tetapi bakat, ilmu dan kepimpinan. Sampai ada yang tak sanggup terima jawatan besar. Ini semua disebabkan politik yang Rasulullah bawa. Tanggungjawab dititik beratkan dan itu yang paling utama.

Situasi sekarang, politik, politik juga..agama tolak tepi. Itu yang masalahnya. Lantiklah aku ke jawatan sekian, sekian..aku akan buat itu ini..tolong orang itu, orang ini..Tapi bila dah menang, ambil hak rakyat, saham bumiputera hilang sikit demi sikit, rakyat tak terbela..muka pun jarang-jarang nampak kat kawasan. Kalau ada pun, bila ada majlis2 besar, yang ada tarian2, makan2..Mana agamanya? Mana didikan agama dan politik yg dititip Rasulullah?

Aku ambil contoh. Setiap wanita yang dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratnya akan membawa orang bersamanya samada :

1) Ayahnya
2) Suaminya
3) Adik beradik lelakinya
4) Anak lelakinya

Semua ini berkisar tentang tanggungjawab. Mana tanggungjawab ayahnya, suaminya, adik beradik lelakinya, dan ank lelakinya untuk menasihati si perempuan tadi untuk menutup aurat.. Ini juga ada kaitan dengan istilah 'muflis di akhirat'.

Jadi, untuk menjadi pemimpin, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tanggungjawab. Bagaimana nak laksanakan tanggungjawab? Wajiblah melalui agamanya. Agama mengajar segala aspek kehidupan. So, kenapa nak asingkan agama dan politik?

Nak politik, mesti ada agama.. Kalau ada agama, politik pun akan jadi bersih.

Musuh utama politik ialah apa? Rasuah. Kalau pemimpin tu ada agama, saya yakin, rasuah takkan ada kat dunia ni. ('ada agama' tu bukan bermaksud just ada perkataan 'islam' kat IC je, tp ia lebih daripada itu - masuk kepada part ilmu dan amal pulak.. yg tu kene kupas dalam sikit..nanti2 lah ye..hehe)

So, politik suku agama suku ni tak patut ada dalam bumi Malaysia ni. Ye, tak patut ada. Ada juga pemimpin parti politik kata orang yang amalkan politik suku agama suku ni, terkeluar dari Islam yakni kafir.

Jangan gunakan agama untuk politik, tapi gunakanlah 'agama' dalam berpolitik..

Allahu'alam...

Wednesday, December 12, 2012

Bersabarlah wahai hati~~

Assalamualaikum, kawan2, sahabat handai, saudara mana dan sepupu sepapat. Apa khabar korang? Harap2 sihat la hendaknya..

Dalam meniti hari yang mendatang ni, macam - macam benda yang perlu kita lalui.. Ada kala gembira, ada kala sedih..kadang-kadang rasa serba salah. Tapi kita kena ingat yang orang lain juga punyai masalah yang sama. Kita semua dijadikan dari sumber yang sama dan akhirnya menuju ke tempat yang sama.

Tahun lepas, mak aku sakit. kanser payu dara. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh after operation. Selepas tu, ayah pulak jatuh sakit. Sekarang still under recovery. Harap-harap pulih seperti sedia kala. Hujung bulan lepas, tok aku pulak meninggal. Sedih masih lagi terasa. Dalam menghadapi semua perkara yang belaku ni, lebih2 lagi semuanya berlaku dalam masa setahun,. agak sukar untuk dihadam secara cepat. Tapi inikan takdir tuhan. Siapa kita untuk persoalkan..

Tanggungjawab kita hanyalah secara terus menerus letakkan kepercayaan kepada Allah Azzawajalla. Kalau kematian hujungnya, yakinlah, itulah perkara terbaik yang Allah rancangkan untuk kita. Redha? Itu sudah tentu. Sebagai seorang muslim, kita wajib redha atas apa yang Allah tentukan.

Sebentar tadi dikhabarkan anak supervisor aku, selepas pemeriksaan, ada air didalam otak. Asalnya selalu mendapat migrain, sering lupa dan macam-macam lagi. Di sini pelbagai persoalan yang boleh bermain di benak hati dan akal fikiran lebih2 lagi kepada si ibu dan si bapa. 'Kenapa anak aku je yang kene? kenapa bukan anak orang lain?'.."kenapa bukan aku je yang kene, kenapa anak aku?' dan perbagai lagi mainan bisikan syaitan untuk menipiskan iman kita. Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian untuk kita, bermakna kita mampu untuk mengatasinya. Semuanya hanyalah untuk dekatkan diri kita kepada Dia. Yes, untuk Dia.

Selagi ada ibu dan ayah, kita masih beruntung. Kita ada tempat untuk mengadu, ada tempat untuk berkasih sayang. Hilangnya ibu, hilangnya ayah, bermakna kita telah hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa si ibu dan si ayah.

Kita juga sebagai manusia biasa, fikirkan apa yang kita boleh buat pada kebaikkan diri sendiri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat. Mula-mula nampak remeh dan temeh, tapi akhirnya keuntungan nya berbalik juga kepada kita.

Ingat pesan Saidina Ali Karamallahuwajhah, jadilah seseorang yang jika ada, disayangi dan disanjungi, dan bila tiada ditangisi dan dirindui. Jangan jadi seseorang yang bila ada dibenci dan bila tiada disyukuri..


Salam ukhwah dari saya untuk anda.
Terima kasih.


Thursday, December 6, 2012

Kawan-kawan...Aku datang!!!

Assalamualaikum w.b.t...Selamat pagi....Salam sejahtera. (Sambil menyelak sarang labah-labah lalu menyapu debu2 habuk2 yang tersidai dalam blog aku ni)

Apa habaq kawan2 cheq?? Amboi dah lama hampa tak mai jenguk cheq noo? Mentang-mentang la cheq dah lama tak bawak buah tangan bagi kat hampa, langsung hampa tak mai..hahaha

Untuk pengetahuan anda semua dan untuk yang masih lagi terpinga-pimga, last post aku, 9 Mei 2010. Dah dua tahun lebih dah blog aku dah bersarang..Ibu labah-labah pun tentu dah beranak cucu dah ni..haha..(Hah, jumpa pun bangkai ibu labah2 ni!)

Let guess, what happens in 2 years plus plus ni? Hah! Tak payah la nak buat muka pikir soklan secara serius dan bersemangat waja..rilek2 je..kalo teka betol pun, xde hadiah2nya..haha

Ok la..aku tetap mcm dulu..pot pet pot pet pot pet..nak buat macam mana, dah nasib badan..haha
Aku masih lagi di UTP....Buat master ek! Jangan gatai-gatai kata aku repeat paper hokei! Atas berkat doa ibubapa, pensyarah2, sahabat baik, kawan2, sepupu sepapat, jiran sebelah menyebelah, jiran 40 buah rumah, makayah korang, sedara mara korang, MAKA selamat lah aku berkonvokesyen bulan 10, tahun lepas. Sebagai pemegang ijazah kejuruteraan awam kelas kedua atas, aku merasa syukur ke hadrat Allah yang telah menciptakan aku dengan cukup sifat dan juga tulisan takdir2-Nya. Tanpa Dia, tiada lah kita.

Pastu aku bekerja sebagai kuli berijazah di damansara. Kampeni boleh tahan, tapi aku yang tak tahan. So, angkat kakilah..Asal tak tunggu kene pecat? Hello, aku tak la sebodoh tu. haha

Lepas tu, bawak baju, seluar, underware, dan alat2 tulis lalu berhijrah semula kat UTP. Dah namanya hijrah, mesti la untuk lebih baik kan..aku tak tahu la kes2 korang hijrah macam mana..aku ikut sunnah nabi je..haha..

Buat master under wastewater engineering. Ni course yang paling aku tak suka pada satu ketika dulu. Tapi dah lumrah alam, benda yang kita tak suka selalunya akan jadi benda yang paling kita sayang. Eh betul ke? lantak korang la kalo korang tak setuju. Aku ni penjunjung kebebasan bersuara (sambil pegang sepanduk di tepi jalan). kehkeh

So, dah nak 6 bulan aku kat dunia UTP. Research progress?? Eh ada ke? ok2, nnt aku check..haha

Tu la cerita aku di'simplified'kan menjadi satu kisah dongeng yang nyata.

Masa pun begitu mencemburui kita (ayat2 cliche dalam rancangan temu bual kat tv), aku nak nasihat lah kat korang sikit..Dalam apa jua bidang yang korang ceburi, letakkanlah niat utama kepada Allah Taala. Jika niat kamu baik, InsyaAllah hasilnya akan jadi baik. Yakin lah pada kuasa Allah. (Terer tak bahasa melayu aku, mana taknya, kan dapat A1 dalam SPM..)

Okay la kawan2..thanks sebab singgah blog aku ni..Sorry tak dapat nak hidangkan air kopi ke, teh ke, sirap bandung biji selasih ke, jus epal ke, ape2 la lagi yang korang suka tu.. Nanti datang rumah aku ye, InsyaAllah, aku blanje minum. Makan? Alah, small matter je tu..Aku blanje, korang bayar! Hahah

Bye!

"Never interrupt your enemy when he is making a mistake."
- Napoleon Bonaparte (1769-1821)