Wednesday, December 12, 2012

Bersabarlah wahai hati~~

Assalamualaikum, kawan2, sahabat handai, saudara mana dan sepupu sepapat. Apa khabar korang? Harap2 sihat la hendaknya..

Dalam meniti hari yang mendatang ni, macam - macam benda yang perlu kita lalui.. Ada kala gembira, ada kala sedih..kadang-kadang rasa serba salah. Tapi kita kena ingat yang orang lain juga punyai masalah yang sama. Kita semua dijadikan dari sumber yang sama dan akhirnya menuju ke tempat yang sama.

Tahun lepas, mak aku sakit. kanser payu dara. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh after operation. Selepas tu, ayah pulak jatuh sakit. Sekarang still under recovery. Harap-harap pulih seperti sedia kala. Hujung bulan lepas, tok aku pulak meninggal. Sedih masih lagi terasa. Dalam menghadapi semua perkara yang belaku ni, lebih2 lagi semuanya berlaku dalam masa setahun,. agak sukar untuk dihadam secara cepat. Tapi inikan takdir tuhan. Siapa kita untuk persoalkan..

Tanggungjawab kita hanyalah secara terus menerus letakkan kepercayaan kepada Allah Azzawajalla. Kalau kematian hujungnya, yakinlah, itulah perkara terbaik yang Allah rancangkan untuk kita. Redha? Itu sudah tentu. Sebagai seorang muslim, kita wajib redha atas apa yang Allah tentukan.

Sebentar tadi dikhabarkan anak supervisor aku, selepas pemeriksaan, ada air didalam otak. Asalnya selalu mendapat migrain, sering lupa dan macam-macam lagi. Di sini pelbagai persoalan yang boleh bermain di benak hati dan akal fikiran lebih2 lagi kepada si ibu dan si bapa. 'Kenapa anak aku je yang kene? kenapa bukan anak orang lain?'.."kenapa bukan aku je yang kene, kenapa anak aku?' dan perbagai lagi mainan bisikan syaitan untuk menipiskan iman kita. Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian untuk kita, bermakna kita mampu untuk mengatasinya. Semuanya hanyalah untuk dekatkan diri kita kepada Dia. Yes, untuk Dia.

Selagi ada ibu dan ayah, kita masih beruntung. Kita ada tempat untuk mengadu, ada tempat untuk berkasih sayang. Hilangnya ibu, hilangnya ayah, bermakna kita telah hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa si ibu dan si ayah.

Kita juga sebagai manusia biasa, fikirkan apa yang kita boleh buat pada kebaikkan diri sendiri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat. Mula-mula nampak remeh dan temeh, tapi akhirnya keuntungan nya berbalik juga kepada kita.

Ingat pesan Saidina Ali Karamallahuwajhah, jadilah seseorang yang jika ada, disayangi dan disanjungi, dan bila tiada ditangisi dan dirindui. Jangan jadi seseorang yang bila ada dibenci dan bila tiada disyukuri..


Salam ukhwah dari saya untuk anda.
Terima kasih.