Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama aku tak letak posting... tapi, sempena dgn hari ibu ni, teringin pulak diri ini utk menukilkan sedikit sebanyak cerita,pengalaman dan kenangan bersama2 dengan mak aku yg tersayang... Ni aku ceritakan sikit ttg mak aku..


Nama mak aku Foziah binti Ahmad dan berumur 51 tahun.. Masih lagi bekerja di sektor awam dibawah Kementerian Pertahanan sbg Ketua Kerani di Kem PLKN Merbok,Kedah.. Yg berbaris 5 org kat belakang tu, of kos la anak2nya.. Umur perkahwinan sudah menjangkau 27 tahun.. Gambar ni diambil masa Raya tahun lepas di kampung Kurnia, Bukit Pekan, Kampar,Perak (umah tok aku)..

Hmm... masa aku mula sekolah darjah satu, kakak aku masing2 darjah 3 n darjah 5.. Aku ngan kakak sulung aku, g sekolah sekali,naik bas sekolah...pukul 6.15pg naik bas..huhu.. Tapi, yg aku nak highlight kat sini, agak2 pukul bape mak aku bgn pagi siapkan makan,pakai kitaorg pagi2??
Mak aku bangun pukul 4.30pg tiap2 hari semata-mata siapkan breakfast, masakkan siap2 lauk tengah hari dan uruskan anak2 comel dia ni.. Breakfast bukan cikai2 beb, paling leceh pun nasi lemak...setakat bihun sup, mee kari xde masalah... mmg seronok...siap bawa bekal lagi g sekolah... masa tu belanja sekolah aku 70 sen je.. mmg cukup2..

Lepas siapkan segala2, mak aku pun berangkat ke tempat kerje,tau pukul bape?? 6.00pg.. Naik bas taw.. mak aku tggu bas kat simpang depan umah kira2 dalam 100meter.. jalan kaki lagi.. Masa tu, tahun 1996, mak aku tgh mengandungkan adik bongsu aku tu (gambar: baris belakang,2 dr kiri).. Aku tgk mak aku masa tu, mmg susah..dia lah ayah, dia lah mak, dia lah segala-galanya..ayah aku askar, mmg jarang ada kat umah.. selalu outstation..kadang2 masuk hutan 2,3 bulan.. so, kat mak la kami semua bergantung harap.. nak itu, nak ini, semua kat mak.. nak bgn kencing tgh2 malam, kejut mak dulu...kalo mak x bgn, kencing la dlm seluar sbb takut nak g bilik air sorg2..huhu.. Mak aku cakap, dia mmg dari bangku sekolah mmg dah buat kerja2 tu sbb opah aku meninggal masa mak aku Form 4. So, lepas tu mmg mak aku ambil alih tugas opah aku..

Bila aku dah masuk darjah 3, aku sekolah ptg.. so, pagi2, tinggal la aku ngan 2 adik aku kat umah.. walopun aku masa tu darjah 3, byk benda dah aku buat.. bgn pagi, mandikan adik aku yg bongsu tu..siapkan dia dan hantar kat umah jiran..agak jauh la jgk masa tu..kalo kene beli nestum, hantar dulu adik aku, then baru g kedai beli nestum.. nestum selalu je cepat habis sbb aku selalu 'paw' nestum adik aku...huhu...dalam pukul 9 pg, aku basuh baju dan terus sidai kat depan umah.. pastu aku bersiap sekali ngan adik perempuan aku nak g sekolah.. aku naik bas pukul 11.15pg selepas adik permpuan aku tu naik van g tadika pukul 11 pg.. masa tu mmg mak aku bg tanggungjawab tu kat aku sbb masa tu aku mmg nak sgt tolong dia uruskan rumah..

Darjah 5, aku dah mula blaja masak..perkara pertama aku blaja masak, nasi goreng.. maklum lah, bila baru blaja masak ni, minyak lebih la, masin la, tertonggang kicap kat dlam kuali and mcm2 lagi.. biasala, learning process..hehe.. Mak aku la encourage aku utk belajar masak sbb dia tak nak aku sbg anak lelaki sentiasa mengharapkan org perempuan utk masak.. dia cakap, bila dia dah xde nnt, aku senang nnt nak makan..xpayah nak harapkan org lain.. aku blaja masak sampai aku ambil alih tugas masak tgh hari ketika aku Form 2... balik sekolah, terus masak tgh hari..
sampai la aku Form 4 sbb aku masuk asrama...

Tu la sikit sebyk yg aku boleh cerita... Mak aku byk ajar aku benda2 yg x semua lelaki boleh buat..Mak aku dah ajar aku berdikari sejak aku sekolah darjah 3..Dari situ aku blaja mcm mana aku nak teruskan hidup kalau dia x ada di sisi..

Sekarang ni, anak2 dia boleh la nak dikatakan berjaya dalam cita2..
Yang sulung,Noor Aini Hamimah= Process Engineer di Texas Instrument,KL
Kedua,Noor Aini Hidayah=Admin Manager di Tesco Kulim Branch (baru nak graduate UiTM 22hb ni)
Ketiga,Ahmad Fitri=tgh practikal (tahun 3, UTP)
Keempat,Noor Aini Syafiqah=tgh practikal(tahun 2, Politeknik Kulim)
Kelima,Ahmad Ariff Fahmi= Form 2

Kesimpulannya, kejayaan kami semua ni, atas dorongan dan kasih sayang yang tak berbelah-bagi dari mak dan abah..Tanpa mak abah, kami mungkin susah utk capai impian yang kami impikan..

Pit sayang mak sampai nafas pit yg terakhir atas dunia ni..Tanpa mak, Pit x mungkin ada kat atas dunia ni.. Tanpa mak, pit x mungkin dapat mengenal erti kasih sayang yg sgt diidamkan oleh semua insan yg bergelar anak.. Sesungguhnya, mmg layak syurga itu dibawah tapak kaki mu.. I love U!!

Dedication to my MAMA..

You taught me everything
And everything you've given me
I'll always keep inside
You're the driving force in my life
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me

When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You will always be the girl
In my life for many times

Mama
You know I love you
Mama
You're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama
I just want you to know
Loving you is like food to my soul
Happy Mother's Day!

from your son,
Ahmad Fitri