Friday, April 6, 2018

BitterSweet of Life - 1) Alkisah MSc programme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti semua ambil maklum, hari ini DS Najib Tun Razak dah mengumumkan bahawa esok Parlimen akan dibubarkan. Maka gugurlah 'title' Yang Berhormat pada semua ahli-ahli parlimen.

Eh! Bubar ke, tak bubar ke, esok kene kerja jugak. Yang membawang akan terus membawang.

Yang seronok, ahli-ahli politik lah! Tabur duit sana, tabur duit sini. Kerja belum tentu jalan. Klau diorg bagi 'gula-gula', ambil! 5 tahun sekali tu beb.

Eh! Membebel pulak aku di petang hari yg hujan renyai-renyai sambil minum nescafe ni.

Ok, berbalik pada topic 'sharing is caring' aku ni.

Aku decide untuk sambung belajar ke peringkat MSc pada tahun 2012. Aku berhenti kerja dengan satu consultant company di Tropicana Damansara untuk tujuan ini.

Aku mendaftar masuk ke Universiti Teknologi PETRONAS sebagai postgraduate student di Civil engineering Department. Research aku dalam bidang Wastewater Engineering, Biological Treatment under supervision Assoc. Prof. Dr. Shamsul Rahman Kutty (Skrg dah full Prof dh).

Aku mohon biasiswa dengan Yayasan Sultan Iskandar Johor. Alhamdulillah. terpilih untuk menerima biasiswa dari YSI Johor. Terima kasih pada pakcik aku, Pakcik Jamaluddin sbb hantar aku pergi interview biasiswa di Rumah Johor, KL. Siap bekalkan doa2 lagi.

Tapi tak lama lepas tu, aku lepas kan tajaan ini sbb aku berjaya mendapat tajaan daripada UTP sendiri sekaligus menjadi graduate assistant (tutor) untuk student undergraduate.

Dipendekkan cerita, macam-macam cabaran yang berlaku sepanjang aku berkecimpung dalam research ni.

I just want to tell you, MSc & PhD is not for everybody. Nampak mudah. Buat research, dapat result, buat analysis, present every semester, bodek supervisor (optional), compile, viva, and graduate.

Lillahi, tak semudah itu. Kalau tak menangis sorang2, something wrong lah korang.

After 3 years, my research pun dah almost 70% completed. Elaun sbg tutor dah stop sbb dah lebih tempoh, tapi yuran pengajian kekal ditaja.

Mana nak cekau duit utk bayar sewa bilik, ansuran kereta saga aku, makan minum semua tu. Terpaksa lah aku buat keputusan untuk bekerja. Tukar kan mode pengajian kepada 'part-time' dan mula bekerja.

Sesungguhnya masa itu Emas. Dengan degree yang aku ada, aku berkerja dengan satu company contruction/precaster di Batu Gajah. Tak jauh dgn UTP dengan niat untuk teruskan pengajian. Semasa bekerja, cuma hari Ahad sahaja cuti. Kerja separuh nyawa. Baru kau tahu betapa susahnya nak mencari duit.

Belum cukup dua bulan aku bekerja, Ibu aku, insan yang paling aku sayang dan cintai, pergi meninggalkan aku (22.2.2015). Dunia aku kosong. Sampaikan nak guna measuring tape pun aku blurr. Semangat aku hilang kerana dialah yg selalu memberi semangat untuk aku terus kuat.

Finally, aku terpaksa buat keputusan untuk memilih antara satu. MSc atau kerjaya. Keputusan yang paling sukar untuk aku buat ketika itu ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Keputusannya adalah....

You all will know, if you keep reading my update 'sharing is caring' session after this.

Assalamualaikum.


Thursday, April 5, 2018

BitterSweet of Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah berhabuk blog aku ni. But nevermind, asalkan jangan dompet/wallet korang yang berhabuk, sudahh..

Apa khabar korang semua? Sihat? Alhamdulillah..

Last aku update blog aku ni, sekitar Oktober tahun 2013. Fuhh, nak dekat 5 tahun dah tu.
And yes, macam-macam benda dah terjadi dalam masa itu.

When people says " Sharing is Caring", aku pun nak share lah kat korang semua apa yang telah terjadi pada diri aku dalam tempoh hampir 5 tahun ni, one by one.

1) Alkisah my MSc program
2) Penceburan diri aku dalam bidang teater
3) Permulaan kerja sebagai seorang jurutera
4) Ibu yang aku sayang meninggalkan aku dan segala nikmat dunia
5) Segala cabaran, pahit manis dalam alam pekerjaan
6) Office politics
7) Pemilikan aset
7) Career move on
8) Kesihatan ayah yang tak menentu
9) Betrayal
10) Wawasan hidup

Nanti aku share dengan korang ye.

Salam ikhlas dari aku.