Monday, January 14, 2013

Frasa jiwa

Dalam meniti hari-hari mendatang,
langkah kaki menuntut arah tujuan.
Hati berbolak-balik,
fikiran entah kemana.
mencari-cari tujuan hidup,
jiwa dibuai mimpi yang tak pernah sudah,
menagih kasih dari ciptaan pencipta
yang tahu erti kasih dan cinta.

Hati bersegi pelbagai sudut,
menunjuk rasa yang berbelah bagi.
Sisipan rasa yang datang menyapa,
membuai kasih menyemai cinta.
Mendamba insan yang suci diminda,baik dijiwa,
harapan jiwa yang tak pernah hujung.
Memateri rasa, mengukir kata,
untuk santapan masa hadapan.