Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti semua ambil maklum, hari ini DS Najib Tun Razak dah mengumumkan bahawa esok Parlimen akan dibubarkan. Maka gugurlah 'title' Yang Berhormat pada semua ahli-ahli parlimen.
Eh! Bubar ke, tak bubar ke, esok kene kerja jugak. Yang membawang akan terus membawang.
Yang seronok, ahli-ahli politik lah! Tabur duit sana, tabur duit sini. Kerja belum tentu jalan. Klau diorg bagi 'gula-gula', ambil! 5 tahun sekali tu beb.
Eh! Membebel pulak aku di petang hari yg hujan renyai-renyai sambil minum nescafe ni.
Ok, berbalik pada topic 'sharing is caring' aku ni.
Aku decide untuk sambung belajar ke peringkat MSc pada tahun 2012. Aku berhenti kerja dengan satu consultant company di Tropicana Damansara untuk tujuan ini.
Aku mendaftar masuk ke Universiti Teknologi PETRONAS sebagai postgraduate student di Civil engineering Department. Research aku dalam bidang Wastewater Engineering, Biological Treatment under supervision Assoc. Prof. Dr. Shamsul Rahman Kutty (Skrg dah full Prof dh).
Aku mohon biasiswa dengan Yayasan Sultan Iskandar Johor. Alhamdulillah. terpilih untuk menerima biasiswa dari YSI Johor. Terima kasih pada pakcik aku, Pakcik Jamaluddin sbb hantar aku pergi interview biasiswa di Rumah Johor, KL. Siap bekalkan doa2 lagi.
Tapi tak lama lepas tu, aku lepas kan tajaan ini sbb aku berjaya mendapat tajaan daripada UTP sendiri sekaligus menjadi graduate assistant (tutor) untuk student undergraduate.
Dipendekkan cerita, macam-macam cabaran yang berlaku sepanjang aku berkecimpung dalam research ni.
I just want to tell you, MSc & PhD is not for everybody. Nampak mudah. Buat research, dapat result, buat analysis, present every semester, bodek supervisor (optional), compile, viva, and graduate.
Lillahi, tak semudah itu. Kalau tak menangis sorang2, something wrong lah korang.
After 3 years, my research pun dah almost 70% completed. Elaun sbg tutor dah stop sbb dah lebih tempoh, tapi yuran pengajian kekal ditaja.
Mana nak cekau duit utk bayar sewa bilik, ansuran kereta saga aku, makan minum semua tu. Terpaksa lah aku buat keputusan untuk bekerja. Tukar kan mode pengajian kepada 'part-time' dan mula bekerja.
Sesungguhnya masa itu Emas. Dengan degree yang aku ada, aku berkerja dengan satu company contruction/precaster di Batu Gajah. Tak jauh dgn UTP dengan niat untuk teruskan pengajian. Semasa bekerja, cuma hari Ahad sahaja cuti. Kerja separuh nyawa. Baru kau tahu betapa susahnya nak mencari duit.
Belum cukup dua bulan aku bekerja, Ibu aku, insan yang paling aku sayang dan cintai, pergi meninggalkan aku (22.2.2015). Dunia aku kosong. Sampaikan nak guna measuring tape pun aku blurr. Semangat aku hilang kerana dialah yg selalu memberi semangat untuk aku terus kuat.
Finally, aku terpaksa buat keputusan untuk memilih antara satu. MSc atau kerjaya. Keputusan yang paling sukar untuk aku buat ketika itu ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak.
Keputusannya adalah....
You all will know, if you keep reading my update 'sharing is caring' session after this.
Assalamualaikum.
Friday, April 6, 2018
Thursday, April 5, 2018
BitterSweet of Life
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dah berhabuk blog aku ni. But nevermind, asalkan jangan dompet/wallet korang yang berhabuk, sudahh..
Apa khabar korang semua? Sihat? Alhamdulillah..
Last aku update blog aku ni, sekitar Oktober tahun 2013. Fuhh, nak dekat 5 tahun dah tu.
And yes, macam-macam benda dah terjadi dalam masa itu.
When people says " Sharing is Caring", aku pun nak share lah kat korang semua apa yang telah terjadi pada diri aku dalam tempoh hampir 5 tahun ni, one by one.
1) Alkisah my MSc program
2) Penceburan diri aku dalam bidang teater
3) Permulaan kerja sebagai seorang jurutera
4) Ibu yang aku sayang meninggalkan aku dan segala nikmat dunia
5) Segala cabaran, pahit manis dalam alam pekerjaan
6) Office politics
7) Pemilikan aset
7) Career move on
8) Kesihatan ayah yang tak menentu
9) Betrayal
10) Wawasan hidup
Nanti aku share dengan korang ye.
Salam ikhlas dari aku.

Thursday, October 10, 2013
Ada aku kesahhhh?
Assalamualaikum.
Dah bersarang blog aku. Last update 8 bulan lepas. Tp xpe, masih diberikan nyawa oleh maha pencipta utk terus bernafas dan berterusan menerima nikmat dunia.
Ape khabar korg? Aku harap sihat belake lah semua.
Ni, aku ade la sikir benda nak share ngan korg. Mungkin ape yg aku nak tulis ni, korg dh tahu atau selalu dengar, korg ada dua option, teruskan baca, atau baca lagi. Mudah kan?
Gini, kita semua ni confirm ada kawan. Definisi kawan bg korg mgkin berbeza beza.. Definisi aku lain, korg pun mungkin lain. Kisah pulak aku kan. Haha.. Korg pernah tak, ada kawan yg hipokrit? Jgn tanya aku definisi hipokrit, aku lempang kang.
Depan korg, cara dia layan korg mcm best friend, kawan sehati sejiwa. Tp belakang korg, dia cerita kat org, yg korg ni perangai mcm syaiton. Penah tak? Kalau x penah, lantak korg la.. Sape suruh xde kawan mcm gitu. Hahaha..
Ape perasaan korg kalau ade kawan yg jenis mcm tu? Marah? Bengang? Geram? Muntah mcm org tgh mengandung? Or tak rasa ape ape? Hmm.. Mari aku bawakan satu cerita.
Samad ngan osman kawan baik. Diorg slalu lepak sama, pegi kelas sesama, byk minat yg sama, kawan2 diorg pun kawan yg sama. Diorg sama tapi x serupa. If u know what i mean. X paham? Just shut up. Satu ketika, diorg ni minat kat sorg perempuan yg sama. Perempuan tu cun la, lawa, putih, kecik molek, ayu, pakai tudung ala2 najwa latip, stylish, ahhhh korg tambah la lgi sndiri. Msalahnya, samad ni tahu osman suka kat minah ni. Tapi osman tak tahu yg samad suka kat minah. Minah pulak mcm layan lebih kat osman. Maklumla, osman ni kaya, hensem byk dr si samad. So, samad mula simpan perasaan sbb kenangkan kawan baiknye. Lama kelamaan, kendatinya pun, osman mula berubah. Perubahan dia x drastik dimata samad sbb samad melihat sahabtnya tu penuh dengan pandangan ihsan dn kasih syg. Tak bersangka buruk la katakan. Ada ketika, samad mengusik ngusik si minah ketika mereka bertiga berjumpa dimana2.. Ala, gurau2 kawan2.. Malangnya, osman tak suka. Walaupun osman tak suka, tp dia x pernah tunjukkan kpd samad yg dia tak suka. Dia cool je. Buat mcm biasa je..So, nak dijadikan cerita, kerana takutkan si minah selalu fikirkan si samad, osman mula mencocok cerita2 yg tak enak kepada minah ttg samad. Direkanya cerita yg aib kpd samad. Setiap gurauan samad pada osman, diambil pusing. Didendam dan dicerita pada si minah dengan penambahan perisa yg pedas2.. Maka terhasutlah si minah tadi. Asalnya si minah rapat dgn samad, akhirnya hubungan mrk mula longgar.. Samad sedih sbb hubungan mereka x mcm dulu, tp dia tetap tak tahu sebabnya. Pada masa yg sama, samad sering mengadu kat osman ttg perasaannya, dn seperti biasa osman akan beri nasihat ala2 fadhilah kamsah. Sayang samad pada osman sbg sahabat baik makin bertambah tambah. Dipendekkan cerita, semuanya terbongkar gara2 sms osman kpd minah yg secara x sengaja dibaca oleh samad. Hancur luluh hati samad. Hampir menitis air matanya. Insan yg dianggap permata rupa rupanya kaca yg tak bernilai. Ketika itu juga, hasutan syaiton mula menusuk nusuk masuk ke sanubari samad. Ape yg berlaku pada samad, osman dan minah? Aku pun tak tahu.
Jadi, kalau korg berdiri di atas kaki samad, apekah yg korg akan rasa? Salah siapa semua ni? Minah kerana terlalu termakan hasutan? Ataupun Osman kerana sifat dengki dan talam puluh mukanya? Atau samad kerana terlalu baik dn senang mempercayai org lain? Hmmm.. Berat utk difikirkan.
Soklan cepokmas, ape yg korg akan buat pada si minah dan si osman? Kalau aku, esok keluar surat khabar dh. Confirm!
Monday, January 14, 2013
Frasa jiwa
Dalam meniti hari-hari mendatang,
langkah kaki menuntut arah tujuan.
Hati berbolak-balik,
fikiran entah kemana.
mencari-cari tujuan hidup,
jiwa dibuai mimpi yang tak pernah sudah,
menagih kasih dari ciptaan pencipta
yang tahu erti kasih dan cinta.
Hati bersegi pelbagai sudut,
menunjuk rasa yang berbelah bagi.
Sisipan rasa yang datang menyapa,
membuai kasih menyemai cinta.
Mendamba insan yang suci diminda,baik dijiwa,
harapan jiwa yang tak pernah hujung.
Memateri rasa, mengukir kata,
untuk santapan masa hadapan.

Monday, December 17, 2012
Politik suku, Agama suku
Assalamualaikum sahabat2 sekalian.
Biasa dengar tak ayat 'politik suku, agama suku'?
Biasa dengar tak 'jangan masukkan agama dalam politik'?
Biasa dengar tak 'jangan politikkan agama'?
Hokey, aku nak ulas la sikit. Tak panjang pun. Aku tau ramai juga yang tak layan politik2 kat malaysia ni, jijik katanya. Tak ngape le, itu dia punya pendapat.
Apa yang aku boleh komen kat sini, 'politik suku agama suku' ni dah lama dah disebut. Dari tahun 1981 lagi.. Orang yang terlibat dalam hal ni pun ada yang dah keluar parti pun, tapi sekarang berlainan pulak pandangannya. Tak ngape le, itu dia punya survival politik.
Pandangan aku jelas, politik ni dari zaman nabi dah ada. Tapi mmg tak sama la dengan apa yang berlaku sekarang. yang masalahnya, orang kita sekarang tak ambil pakai cara nabi berpolitik. Masa nabi memerintah kota Madinah, mcm mana baginda boleh aman damaikan masyarakat yang berbeza kabilah dan kaum di kota madinah. Itu semua melalui pendekatan ilmiah, kata-kata yang sopan, tunjukkan budi pekerti sebenar orang Islam. Itu menyebabkan politik ketika itu harmoni. Gabenor2 yang dilantik bukan disebabkan kroni, tetapi bakat, ilmu dan kepimpinan. Sampai ada yang tak sanggup terima jawatan besar. Ini semua disebabkan politik yang Rasulullah bawa. Tanggungjawab dititik beratkan dan itu yang paling utama.
Situasi sekarang, politik, politik juga..agama tolak tepi. Itu yang masalahnya. Lantiklah aku ke jawatan sekian, sekian..aku akan buat itu ini..tolong orang itu, orang ini..Tapi bila dah menang, ambil hak rakyat, saham bumiputera hilang sikit demi sikit, rakyat tak terbela..muka pun jarang-jarang nampak kat kawasan. Kalau ada pun, bila ada majlis2 besar, yang ada tarian2, makan2..Mana agamanya? Mana didikan agama dan politik yg dititip Rasulullah?
Aku ambil contoh. Setiap wanita yang dimasukkan ke neraka kerana tidak menutup auratnya akan membawa orang bersamanya samada :
1) Ayahnya
2) Suaminya
3) Adik beradik lelakinya
4) Anak lelakinya
Semua ini berkisar tentang tanggungjawab. Mana tanggungjawab ayahnya, suaminya, adik beradik lelakinya, dan ank lelakinya untuk menasihati si perempuan tadi untuk menutup aurat.. Ini juga ada kaitan dengan istilah 'muflis di akhirat'.
Jadi, untuk menjadi pemimpin, perkara utama yang perlu difikirkan ialah tanggungjawab. Bagaimana nak laksanakan tanggungjawab? Wajiblah melalui agamanya. Agama mengajar segala aspek kehidupan. So, kenapa nak asingkan agama dan politik?
Nak politik, mesti ada agama.. Kalau ada agama, politik pun akan jadi bersih.
Musuh utama politik ialah apa? Rasuah. Kalau pemimpin tu ada agama, saya yakin, rasuah takkan ada kat dunia ni. ('ada agama' tu bukan bermaksud just ada perkataan 'islam' kat IC je, tp ia lebih daripada itu - masuk kepada part ilmu dan amal pulak.. yg tu kene kupas dalam sikit..nanti2 lah ye..hehe)
So, politik suku agama suku ni tak patut ada dalam bumi Malaysia ni. Ye, tak patut ada. Ada juga pemimpin parti politik kata orang yang amalkan politik suku agama suku ni, terkeluar dari Islam yakni kafir.
Jangan gunakan agama untuk politik, tapi gunakanlah 'agama' dalam berpolitik..
Allahu'alam...

Wednesday, December 12, 2012
Bersabarlah wahai hati~~
Assalamualaikum, kawan2, sahabat handai, saudara mana dan sepupu sepapat. Apa khabar korang? Harap2 sihat la hendaknya..
Dalam meniti hari yang mendatang ni, macam - macam benda yang perlu kita lalui.. Ada kala gembira, ada kala sedih..kadang-kadang rasa serba salah. Tapi kita kena ingat yang orang lain juga punyai masalah yang sama. Kita semua dijadikan dari sumber yang sama dan akhirnya menuju ke tempat yang sama.
Tahun lepas, mak aku sakit. kanser payu dara. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh after operation. Selepas tu, ayah pulak jatuh sakit. Sekarang still under recovery. Harap-harap pulih seperti sedia kala. Hujung bulan lepas, tok aku pulak meninggal. Sedih masih lagi terasa. Dalam menghadapi semua perkara yang belaku ni, lebih2 lagi semuanya berlaku dalam masa setahun,. agak sukar untuk dihadam secara cepat. Tapi inikan takdir tuhan. Siapa kita untuk persoalkan..
Tanggungjawab kita hanyalah secara terus menerus letakkan kepercayaan kepada Allah Azzawajalla. Kalau kematian hujungnya, yakinlah, itulah perkara terbaik yang Allah rancangkan untuk kita. Redha? Itu sudah tentu. Sebagai seorang muslim, kita wajib redha atas apa yang Allah tentukan.
Sebentar tadi dikhabarkan anak supervisor aku, selepas pemeriksaan, ada air didalam otak. Asalnya selalu mendapat migrain, sering lupa dan macam-macam lagi. Di sini pelbagai persoalan yang boleh bermain di benak hati dan akal fikiran lebih2 lagi kepada si ibu dan si bapa. 'Kenapa anak aku je yang kene? kenapa bukan anak orang lain?'.."kenapa bukan aku je yang kene, kenapa anak aku?' dan perbagai lagi mainan bisikan syaitan untuk menipiskan iman kita. Yakinlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian untuk kita, bermakna kita mampu untuk mengatasinya. Semuanya hanyalah untuk dekatkan diri kita kepada Dia. Yes, untuk Dia.
Selagi ada ibu dan ayah, kita masih beruntung. Kita ada tempat untuk mengadu, ada tempat untuk berkasih sayang. Hilangnya ibu, hilangnya ayah, bermakna kita telah hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa si ibu dan si ayah.
Kita juga sebagai manusia biasa, fikirkan apa yang kita boleh buat pada kebaikkan diri sendiri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat. Mula-mula nampak remeh dan temeh, tapi akhirnya keuntungan nya berbalik juga kepada kita.
Ingat pesan Saidina Ali Karamallahuwajhah, jadilah seseorang yang jika ada, disayangi dan disanjungi, dan bila tiada ditangisi dan dirindui. Jangan jadi seseorang yang bila ada dibenci dan bila tiada disyukuri..
Salam ukhwah dari saya untuk anda.
Terima kasih.

Thursday, December 6, 2012
Kawan-kawan...Aku datang!!!
Assalamualaikum w.b.t...Selamat pagi....Salam sejahtera. (Sambil menyelak sarang labah-labah lalu menyapu debu2 habuk2 yang tersidai dalam blog aku ni)
Apa habaq kawan2 cheq?? Amboi dah lama hampa tak mai jenguk cheq noo? Mentang-mentang la cheq dah lama tak bawak buah tangan bagi kat hampa, langsung hampa tak mai..hahaha
Untuk pengetahuan anda semua dan untuk yang masih lagi terpinga-pimga, last post aku, 9 Mei 2010. Dah dua tahun lebih dah blog aku dah bersarang..Ibu labah-labah pun tentu dah beranak cucu dah ni..haha..(Hah, jumpa pun bangkai ibu labah2 ni!)
Let guess, what happens in 2 years plus plus ni? Hah! Tak payah la nak buat muka pikir soklan secara serius dan bersemangat waja..rilek2 je..kalo teka betol pun, xde hadiah2nya..haha
Ok la..aku tetap mcm dulu..pot pet pot pet pot pet..nak buat macam mana, dah nasib badan..haha
Aku masih lagi di UTP....Buat master ek! Jangan gatai-gatai kata aku repeat paper hokei! Atas berkat doa ibubapa, pensyarah2, sahabat baik, kawan2, sepupu sepapat, jiran sebelah menyebelah, jiran 40 buah rumah, makayah korang, sedara mara korang, MAKA selamat lah aku berkonvokesyen bulan 10, tahun lepas. Sebagai pemegang ijazah kejuruteraan awam kelas kedua atas, aku merasa syukur ke hadrat Allah yang telah menciptakan aku dengan cukup sifat dan juga tulisan takdir2-Nya. Tanpa Dia, tiada lah kita.
Pastu aku bekerja sebagai kuli berijazah di damansara. Kampeni boleh tahan, tapi aku yang tak tahan. So, angkat kakilah..Asal tak tunggu kene pecat? Hello, aku tak la sebodoh tu. haha
Lepas tu, bawak baju, seluar, underware, dan alat2 tulis lalu berhijrah semula kat UTP. Dah namanya hijrah, mesti la untuk lebih baik kan..aku tak tahu la kes2 korang hijrah macam mana..aku ikut sunnah nabi je..haha..
Buat master under wastewater engineering. Ni course yang paling aku tak suka pada satu ketika dulu. Tapi dah lumrah alam, benda yang kita tak suka selalunya akan jadi benda yang paling kita sayang. Eh betul ke? lantak korang la kalo korang tak setuju. Aku ni penjunjung kebebasan bersuara (sambil pegang sepanduk di tepi jalan). kehkeh
So, dah nak 6 bulan aku kat dunia UTP. Research progress?? Eh ada ke? ok2, nnt aku check..haha
Tu la cerita aku di'simplified'kan menjadi satu kisah dongeng yang nyata.
Masa pun begitu mencemburui kita (ayat2 cliche dalam rancangan temu bual kat tv), aku nak nasihat lah kat korang sikit..Dalam apa jua bidang yang korang ceburi, letakkanlah niat utama kepada Allah Taala. Jika niat kamu baik, InsyaAllah hasilnya akan jadi baik. Yakin lah pada kuasa Allah. (Terer tak bahasa melayu aku, mana taknya, kan dapat A1 dalam SPM..)
Okay la kawan2..thanks sebab singgah blog aku ni..Sorry tak dapat nak hidangkan air kopi ke, teh ke, sirap bandung biji selasih ke, jus epal ke, ape2 la lagi yang korang suka tu.. Nanti datang rumah aku ye, InsyaAllah, aku blanje minum. Makan? Alah, small matter je tu..Aku blanje, korang bayar! Hahah
Bye!

- "Never interrupt your enemy when he is making a mistake."
- - Napoleon Bonaparte (1769-1821)
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama aku tak letak posting... tapi, sempena dgn hari ibu ni, teringin pulak diri ini utk menukilkan sedikit sebanyak cerita,pengalaman dan kenangan bersama2 dengan mak aku yg tersayang... Ni aku ceritakan sikit ttg mak aku..
Hmm... masa aku mula sekolah darjah satu, kakak aku masing2 darjah 3 n darjah 5.. Aku ngan kakak sulung aku, g sekolah sekali,naik bas sekolah...pukul 6.15pg naik bas..huhu.. Tapi, yg aku nak highlight kat sini, agak2 pukul bape mak aku bgn pagi siapkan makan,pakai kitaorg pagi2??
Mak aku bangun pukul 4.30pg tiap2 hari semata-mata siapkan breakfast, masakkan siap2 lauk tengah hari dan uruskan anak2 comel dia ni.. Breakfast bukan cikai2 beb, paling leceh pun nasi lemak...setakat bihun sup, mee kari xde masalah... mmg seronok...siap bawa bekal lagi g sekolah... masa tu belanja sekolah aku 70 sen je.. mmg cukup2..
Lepas siapkan segala2, mak aku pun berangkat ke tempat kerje,tau pukul bape?? 6.00pg.. Naik bas taw.. mak aku tggu bas kat simpang depan umah kira2 dalam 100meter.. jalan kaki lagi.. Masa tu, tahun 1996, mak aku tgh mengandungkan adik bongsu aku tu (gambar: baris belakang,2 dr kiri).. Aku tgk mak aku masa tu, mmg susah..dia lah ayah, dia lah mak, dia lah segala-galanya..ayah aku askar, mmg jarang ada kat umah.. selalu outstation..kadang2 masuk hutan 2,3 bulan.. so, kat mak la kami semua bergantung harap.. nak itu, nak ini, semua kat mak.. nak bgn kencing tgh2 malam, kejut mak dulu...kalo mak x bgn, kencing la dlm seluar sbb takut nak g bilik air sorg2..huhu.. Mak aku cakap, dia mmg dari bangku sekolah mmg dah buat kerja2 tu sbb opah aku meninggal masa mak aku Form 4. So, lepas tu mmg mak aku ambil alih tugas opah aku..
Bila aku dah masuk darjah 3, aku sekolah ptg.. so, pagi2, tinggal la aku ngan 2 adik aku kat umah.. walopun aku masa tu darjah 3, byk benda dah aku buat.. bgn pagi, mandikan adik aku yg bongsu tu..siapkan dia dan hantar kat umah jiran..agak jauh la jgk masa tu..kalo kene beli nestum, hantar dulu adik aku, then baru g kedai beli nestum.. nestum selalu je cepat habis sbb aku selalu 'paw' nestum adik aku...huhu...dalam pukul 9 pg, aku basuh baju dan terus sidai kat depan umah.. pastu aku bersiap sekali ngan adik perempuan aku nak g sekolah.. aku naik bas pukul 11.15pg selepas adik permpuan aku tu naik van g tadika pukul 11 pg.. masa tu mmg mak aku bg tanggungjawab tu kat aku sbb masa tu aku mmg nak sgt tolong dia uruskan rumah..
Darjah 5, aku dah mula blaja masak..perkara pertama aku blaja masak, nasi goreng.. maklum lah, bila baru blaja masak ni, minyak lebih la, masin la, tertonggang kicap kat dlam kuali and mcm2 lagi.. biasala, learning process..hehe.. Mak aku la encourage aku utk belajar masak sbb dia tak nak aku sbg anak lelaki sentiasa mengharapkan org perempuan utk masak.. dia cakap, bila dia dah xde nnt, aku senang nnt nak makan..xpayah nak harapkan org lain.. aku blaja masak sampai aku ambil alih tugas masak tgh hari ketika aku Form 2... balik sekolah, terus masak tgh hari..
sampai la aku Form 4 sbb aku masuk asrama...
Tu la sikit sebyk yg aku boleh cerita... Mak aku byk ajar aku benda2 yg x semua lelaki boleh buat..Mak aku dah ajar aku berdikari sejak aku sekolah darjah 3..Dari situ aku blaja mcm mana aku nak teruskan hidup kalau dia x ada di sisi..
Sekarang ni, anak2 dia boleh la nak dikatakan berjaya dalam cita2..
Yang sulung,Noor Aini Hamimah= Process Engineer di Texas Instrument,KL
Kedua,Noor Aini Hidayah=Admin Manager di Tesco Kulim Branch (baru nak graduate UiTM 22hb ni)
Ketiga,Ahmad Fitri=tgh practikal (tahun 3, UTP)
Keempat,Noor Aini Syafiqah=tgh practikal(tahun 2, Politeknik Kulim)
Kelima,Ahmad Ariff Fahmi= Form 2
Kesimpulannya, kejayaan kami semua ni, atas dorongan dan kasih sayang yang tak berbelah-bagi dari mak dan abah..Tanpa mak abah, kami mungkin susah utk capai impian yang kami impikan..
Pit sayang mak sampai nafas pit yg terakhir atas dunia ni..Tanpa mak, Pit x mungkin ada kat atas dunia ni.. Tanpa mak, pit x mungkin dapat mengenal erti kasih sayang yg sgt diidamkan oleh semua insan yg bergelar anak.. Sesungguhnya, mmg layak syurga itu dibawah tapak kaki mu.. I love U!!
Dedication to my MAMA..
You taught me everything
And everything you've given me
I'll always keep inside
You're the driving force in my life
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me

When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You will always be the girl
In my life for many times
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You will always be the girl
In my life for many times
Mama
You know I love you
Mama
You're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama
I just want you to know
Loving you is like food to my soul
You know I love you
Mama
You're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama
I just want you to know
Loving you is like food to my soul
Monday, March 1, 2010
Alkisahnya....
Assalamualaikum...
Intern mcm mana? Family sihat? Anak2 sihat?...hehe..
Hari ni byk gak perkara yg berlaku....
Supposely, aku kene g JPS Ampang pukul 8.30 pg sharp.. Almaklumlah, my engineer, Ms. Shirley datang jgk..so, kene dtg awal la... So, aku kuar rumah awal la jgk.. Sebelum pukul 8, aku kuar dah.. Jalan nak g sana, igt kot(pada masa itu)...So, aku pun mula la bwk moto Kriss aku tu ke Ampang.. Lalu sebelah WangsaWalk, masuk Duke, lalu sana, lalu sini, maka sampailah di depan Hospital Ampang Putri.. Nak dekat dah tu..
Tapi, tiba2, hilang ingatan!! Lupa nak masuk jln mana! Kereta punya la byk, laju2 lak tu..huh.. takut gak aku nak cross jalan suke2 hati.. So, gamble la masuk jalan depan mata... Masalah pulak dtg..Jalan2 situ one way..Highway.. mampos aku.. Aku masuk balik Jln Ampang, u-turn sini, u-turn sana, naik flyover sini, naik flyover sana, last2 jumpe menara Great Estern! Cari gak Wer, kot2 la nampak dia kat ofis tu..haha.. Dlam hati aku ckp, jauh jgk aku makan angin pagi ni..haha... Pastu, dapat ilham nak naik jalan mana, and then, sampai la aku balik kat Ampang Putri.. Lastly, jumpa la JPS Ampang.. Tgk jam, pukul 8.45pg.. Elleh, x la lama sgt aku makan angin, ye idak?? Tgk handphone, ada miskol.. X syak lg, Ms. Shirley..
Keje pun mula la... Org yg handle data tu namanya Mr.X..(bajet bagus).. tua dah.. lewat 50 kot.. tp, bila nengok Shirley, berseri-seri muka.. aku paham le tu... dia pun ajar la aku step-step nak collect data.. Rainfall data, water level data utk 4 negeri. Pahang, S'gor, Johor n Kelantan. Punya la byk!! satu negeri ada seratus lebih station..adehhh... kita pun sabar le buat satu2.. pastu ada masalah sikit, so aku kuar la jumpe Shirley.. masa tu Shirley ada discussion ngan Mr.X tu.
Shirley: hmm..x mengapalah En.X..Biar I tgk dulu benda ni..Kalau I x faham, I call u ye.. ok ke?
Mr.X : oke2...no problem.. kalau u call,I mst angkat punya..lain la kalau dia call, xnak saya angkat(jari tunjuk kat aku)..
Siot je..nak sgt la aku call dia?! habeh kredit je..huh..perasan hensem..ceyh! Gomak lg hensem..
Kat ofis, panas..air-con mcm biskut..skjp rasa sejuk, skjp xde rase ape2.. aku dah mula berpeluh ni.. dahaga pun sama..aku tanya kat org situ, xde kantin kat sini..kalo nak minum, g kedai kat luar2 tu...adehhh... hmm..sabar je la...
Kol 3, stop jap, semayang Zohor luu...aku pun kuar la cari surau..nak tanya Mr.X, tgh on call.. nak tnya org lain, khusyuk ngan Facebook!! aku pun buat la tawaf keliling bangunan usang tu.. cari punya cari, jumpa la receptionist.. tu pun kat bangunan lain..tanya la mana surau.. dia pun cerita la jalannya..pergh!! surau punya la jauh..sebelah gelanggang tenis, hujung sekali.. seb baik dia x kata surau kat hujung padang bola sepak...huh..
Dalam kol 5, hari dah mula gelap..aku kene rush ni, bg siap yg rainfall.. kalut la aku masa tu... x kire, nak bg siap jgk.. buat punya buat, jam dah pukul 5.45ptg.. So, aku pun cepat2 la kemas2 laptop then blah dr situ.. turun2 je aku kat bawah, hujan pun turun selebat2nya..hujan ribut..
Hmm...jadi tugu negara la aku kat situ tggu hujan renyai.. tggu punya tggu, jam dah pukul 6.35ptg..arghh, x kire..nak balik gak.. So, amik raincoat,pakai,and jalannn...
basah gak la beg aku..
Balik pun, sesat gak..ntah jalan mana aku masuk...last2, jumpe Zoo Negara.. hmm..redah je la.. akhirnya, sampai kat umah..pukul 7.40mlm.. Qada asar la aku.. laptop basah, pendrive basah.. huhu, seb baik selamat, x rosak... So, aktiviti mlm aku seperti biasa, with mu 'hubby'...
Tu je la crita yg panjang lebar utk hari ni..Eh,Alamak, x gosok baju lg!!
Ok la kawan2, nak chow ni.. Esok aku cerita g, kalo2 ada cerita la...
Babai!!

Saturday, February 27, 2010
That's what friends are for...

Assalamualaikum...
Ape kabar kawan2 dan sewaktu dgnnya? Sihat??
Hmm...hari ni aku nak berkongsi sikit video2 yg aku ada...
Kali ni, ttg kawan...
Lagu ni best sgt... utk video ni, penyanyi dia Tina Turner, Steve Wonder, Whitney Houston and sorg mamat tu(x kenal).... Suara jgn ckp la, best giler... Ni la penangan org2 lame...hehe...
Kalo korg dgr n perhatikan bait2 lirik lagu ni, mmg syahdu...
Kita hidup, mst ada kawan...walau mcm mana pun hidup kita, mst ada kawan...
So, kawan tu antara satu pelengkap dlm hidup kita... tanpa kawan, mst lonely...
So, pada kawan2 aku, ni lagu utk korg...
Selamat mendengar and hayati....
Xde perkataan lain lg yg aku leh ucapkan melainkan, aku syg kwn2 aku!.... ;)
Friday, February 19, 2010
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)